KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN” DAN PERBAHASAN
Penghayatan Etika Dan Peradaban
Tajuk E-Folio : Kepelbagain Idea “Bangsa Idaman” Dan Perbahasan
Nama Pensyarah : MUHD SYAHAZIZAMIR BIN SAHMAT
Nama Ahli Kumpulan : CECELIA LAING (20DSK20F2037)
: VIVIANA ANAK VICTOR (20DSK20F2001)
: NURZURAFIEZATUL RAZAIDA BT MUHD AZHAR BAKING ABDULLAH (20DSK20F2035)
: NICHOLE MANDERSON (20DSK20F2009)
Nama Jabatan : JABATAN PERDAGANGAN
Kelas : DSK1A
MPU21032(E-FOLIO)
KEPELBAGAIAN IDEA BANGSA IDAMAN
PENGENALAN
Ø Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa atau rakyat yang berbagai kaum. Hal ini dapat menggambarkan Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri perpaduan yang unggul serta unik.
Ø Konsep “Bangsa Idaman” bukan suatu konsep baharu. Sejak tahun 1966 lagi, Robert Rotberg, seorang sarjana Amerika memperkenalkan konsep nation-of-intern Ketika mengkaji nasionalisme orang Afrika. Malah di Malaysia, konsep yang sama juga digunakan oleh Rustam A. Sani pada tahun 1957 dalam mengkaji asal usul Gerakan Kiri Melayu. Shamsul sendiri menggunakan konsep bangsa idaman buat kedua kalinya di Malaysia pada tahun 1966. Namun pada hemat beliau, Malaysia bukan sahaja masih mencari-cari “bangsa idaman” yang ideal, malah perpaduan yang jelas masih menjadi suatu yang harmoni.
Ø Inilah yang dinamakan sebagai “bangsa idaman” iaitu sebuah idaman dan impian dalam mencapai perpaduan kaum. Namun, idea “bangsa idaman” seperti di Malaysia sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak.
Ø Selain itu, kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah diangkat oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO dan PAS. Menurut beliau lagi dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini,penekanan antara kaum atau “intra-ethic”.
TERCETUSNYA SEBUAH MINAT
a) 28 Februari 1991, ucapan di Malaysia Business Council KL.
b) Mahathir memperkenalkan dan menganjurkan konsep BANGSA MALAYSIA & WAWASAN 2020
c) Katanya, Wawasan 2020 ada Sembilan cabaran.
d) Cabaran 1: membina bangsa Malaysia yang Bersatu padu
e) Ini bukan kali pertama dalam sejarah Malaysia sebuah konsep “bangsa idaman” diutarakan
f) Telah diutarakan lebih awal lagi, kira-kira 60 sebelumnya.
ARTIKEL IDEA BANGSA MALAYSIA
USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
§ Melaksanakan system Pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu penilaian peperiksaan yang seragam.
§ Memerapkan nilai jati diri, budi Bahasa dan seni budaya dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang sesuai
§ Melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotism secara berterusan seperti perhimpunan bulanan, sambutan bulan kemerdekaan serta kibar jalur gemilang
v Menjadikan agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan menjadi salah satu teras dasar perlaksanaan dasar negara bagi merealisasikan matlamat dalam memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan
v Memperkenalkan mata pelajaran berkaitan negara bangsa di peringkat rendah dan menengah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan keharmonian antara kaum
v Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan patriotik serta sebagai rakyat Malaysia.
Acuan Pertama
~ Perubahan parti perikatan UMNI-MCA-MC dan semangat permuafakatan kaum.
~ Permuafakatan politik yang dibina ini terus kekal sehingga kini dan manjadi teras kepada permuafakatan antara kaum.
~ Kemahuan rakyat untuk kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.
Acuan Kedua
~ Pembangunan ekonomi yang diikat dengan falsafah pembangunan ekonomi yang adil tidak kira;
- kaum
- golongan miskin dan kaya
- kawasan desa dan bandar
- perbezaan wilayah
menjamin kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi di negara ini serta dapat berjalan berterusan
Bangsa Idaman Sebelum Merdeka
~ Pergerakan Nasionalisme; masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik sosial dan budaya masing-masing
CONTOH;
di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa Idaman iaitu;
PERTAMA = ‘Melayu Raya’ anjuran kelompok strategik kiri Melayu
KEDUA = ‘Negara Islam’ anjuran kelompok strategik berorientasi Islam
KETIGA = ‘Masyarakat Majmuk Pimpinan Melayu’
(Malay-led plural society nation) kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima colonial.
- Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949)
BANGSA IDAMAN SELEPAS MERDEKA
· Keinginan kolektif untuk mempunyai suatu ‘identiti nasional sepunya’ atau sebuah bangsa. Idea dan wancana mengenai identiti nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau wajah Malaysia yang mereka inginkan.
· Antara bangsa idaman utama pasca Merdeka 1957, konsep ‘Malaysian Malaysia’ anjuran kelompok strategik daripada Singapura (awal 1960an) dan daripada Malaysia (akhir 1990an).
BANGSA IDAMAN SELEPAS DEB
· Gagasan Malaysia Wawasan 2020
bangsa idaman anjuran kerajaan (Mahathir), dipromosikan besar-besaran.
· Sabah for Sabahan
Bangsa idaman anjuran Kelompok Strategik Internet hubugan di luar negeri.
· Sarawak for Sarawakian
Bangsa idaman anjuran beberapa Kelompok Strategik Pribumi.
BANGSA IDAMAN ERA MALAYSIA BAHARU
· Era Malaysia Baru pada Mei 2018 ke Ogos 2019; 15 bulan
· Persaingan hebat antara beberapa Bangsa Idaman ( Competing nations-of-intent ).
· Mahathir mengekalkan Bangsa Idaman masyarakat majmuk pimpinan Melayu ( Malay-led plural society nation ) sebagai payung untuk wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia.
*PPBM, UMNO, PAS masih berpayung di bawah bangsa idaman ini, walaupun ahli dua kelompok parti berbeza.
*Kehadiran DAP sebagai kompones strategik utama dalam kerajaan unsur-unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.
Konsep ‘MALAYSIAN MALAYSIA’
Diperkenalkan oleh LEE KUAN YEW di Singapura menerusi Malaysia Solidarity Council. Beliau secara terbuka menentang dasar bumiputera dan melaungkan slogan ‘MALAYSIAN MALAYSIA’
‘Malaysian Malaysia’ iaitu konsep yang memperjuangkan kesamaratan antara kaum secara liberal adalah diasaskan oleh PAP (People’s Action Party). Sejak awal pengasasannya lagi, konsep tersebut telah mendapat tentangan hebat daripada pemimpin masyarakat Melayu. Konsep yang dimartabatkan oleh Lee Kuan Yew itu dianggap gagal untuk memahami bahawa dalam sebuah negara yang bersifat majmuk, semua kaum perlu hormat-menghormati antara satu sama lain bagi menjamin keamanan. Konsep ini muncul sebagai manifesto perjuangan parti PAP pada waktu Malaysia menghadapi pelbagai bentuk krisis seperti Konfrontesi Indonesia, pemisahan Singapura dari Tanah Melayu dan konflik etnik antara Melayu dan Cina. Pentadbiran Tuanku Abdul Rahman melihat ideologi PAP ini sebagai berpotensi mendatangkan ancaman terhadap keselamatan di Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada agenda ‘Malaysian Malaysia’ Lee Kuan Yew memulakan satu perjumpaan di Singapura pada 12 Februari 1965. Pemimpin-pemimpin pembangkang Cina dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak menghadirinya. Wakil dari Semenanjung ialah Lim Cheong Eu, bekas presiden MCA yang telah menjadi Setiausaha Agong United Democratic Party (UDP). Manakala wakil daripada Sarawak ialah Ong Kee Hui, pengerusi Sarawak (United Peoples Action Party SUPP). Tujuan utama mesyuarat tersebut adalah membincangkan strategi untuk menghadapi tekanan daripada golongan yang mereka anggap sebagai pelampau Melayu dalam kerajaan Perikatan. Wakil-wakil yang datang pada perjumpaan tersebut mencadangkan untuk mewujudkan (Malaysian Solidarity Convention (MSC) PREM 13/430 1965). Kewujudan MSC bertolak dari idea ‘Malaysian Malaysia’ dan ia lebih mirip kepada satu bentuk pakatan politik.
Secara ringkasnya, selain daripada masalah berkaitan etnik dan perbezaan dalam kepercayaan politik, isu agama juga relevan dalam politik Melayu kontemporari. Ini selari dengan sifat politik itu sendiri yang sentiasa memberi keutamaan kepada sesuatu isu berdasarkan suasana semasa. Pada asasnya pemikiran yang berasaskan ‘Malaysian Malaysia’ dilihat sebagai satu ancaman dalam politik Melayu suatu ketika dahulu. Tambahan lagi, perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ ataupun ‘Malaysia First’ telah pergi jauh dari batas persoalan etnik dan telah merangkumi isu agama yang begitu sensitif kepada umat Melayu. Sememangnya wujud perselisihan pendapat tentang isu negara Islam antara UMNO dan PAS. Akhirnya, isu perbandingan antara Singapura dan Malaysia dalam konteks perkembangan idea ‘Malaysian Malaysia’ dan politik Melayu masih berterusan baik di kalangan akademik, pemimpin politik dan rakyat.
Kalangan Kelompok Strategik
‘Bangsa Idaman’ merupakan sebuah harapan, idaman majalah dalam mencapai perpaduan antara kaum. Namun idea ‘Bangsa Idaman’ masih lagi menjadi impian sehingga kini malah wujud pelbagai negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. ‘Bangsa Idaman’ di Malaysia tercetus sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang diinginkan sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing.
Terdapat tiga jalur bangsa idaman dalam kalangan kelompok strategik :
i) PERTAMA : ‘Melayu-Raya’ anjuran kelompok strategik kiri Melayu.
ii) KEDUA : ‘Negara Islam’ anjuran kelompok strategik berorentasi Islam.
iii) KETIGA : ‘Masyarakat Majmuk Pimpinan Melayu’ (Malay Plural Society Nation) anjuran kelompok strategik tiga rangkai etnik diterima pihak British ketika itu.
Pengajaran
Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian dari segi budaya, kaum dan agama, kita harus menyesuaikan diri dengan bergaul mesra antara satu sama lain tidak kira berbeza budaya, kaum dan agama bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Rakyat Malaysia turut digalakkan untuk menjalin semangat perpaduan agar negara Malaysia sentiasa aman dan damai tanpa berlakunya perselisihan faham. Kewujudan sikap mementingkan diri sendiri juga harus dielak iaitu berbual mesra dengan kelompok bangsa yang sama sahaja. Hal ini demikian malah dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati kerana tidak mempunyai kesepakatan antara kaum masing-masing.
Kesimpulan
Bagi membina bangsa idaman ini, nilai-nilai kebangsaan yang tinggi perlu disemai dalam diri seseorang rakyat Malaysia tanpa mengira budaya, kaum dan agama bagi mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing serta dapat mencapai matlamat Wawasan 2023 sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan damai. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mewujudkan Malaysia sebagai bangsa idaman. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama memainkan peranan masing-masing bagi memastikan pembentukan bangsa idaman tercapai dan menuju ke arah negara yang maju serta dapat menjadi iktibar kepada negara lain.
RUJUKAN
· https://penanginstitute.org/wp-content/uploads/2019/08/Slides-Syarahan-Bangsa-Idaman.pdf
· https://youtu.be/cid-dDoMBl0
Comments
Post a Comment